Sabtu, 06 September 2014

♥♥ FADHILAT WANITA SOLEHA ♥♥

  • Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali atau lelaki soleh.
  • Seorang wanita jahat akhlaknya lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang buruk akhlaknya.
  • Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan gelisah dan tidak tenteram, kemudian sang isteri menghiburkanya, maka ia mendapat setengah pahala jihad.
  • Bagi seorang wanita yang hamil, dua rakaat solat lebib baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Apabila seorang hamil hingga melahirkan anak, maka ALLAH SWT akan memberikan kepada pahala bagaikan berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam.
  • Seorang wanita yang meninggal dunia pada masa 40 hari setelah melahirkan anak, maka ia akan mendapat pahala syahid.
  • Jika seorang anak menangis pada malam hari dan ibunya tidak memarahinya bahkan memujuknya, maka ibu itu kan mendapat pahala ibadah.
  • Seorang wanita yang melahirkan akan mendapat pahala 70 tahun s0lat sunnat dan puasa, dan setiap kesakitan yang dialaminya ketika melahirkan akan mendapat pahala haji yang diterima ALLAH SWT.
  • Apabila seorang wanita tidak dapat tidur pada malam hari kerana menguruskan anaknya yang sakit atau demam, maka ALLAH SWT akan memberikan ganjaran kepadanya seperti memerdekakan 20 orang hamba sahaya.
  • Seorang wanita yang tidak dapat tidur pada waktu malam kerana menyusui anaknya, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya dan ia akan diberi pahala 12 tahun ibadah.
  • Apabila seorang wanita menyapu rumahnya sambil berzikir, maka ALLAH SWT akan memberikan kepadanya pahala seperti menyapu sekitar halaman Ka’bah.
  • Seorang isteri yang mendorong suaminya keluar di jalan ALLAH, dan ia redha serta rela menanggung sedikit penderitaan karena ditinggal suaminya, maka ALLAH SWT akan memasukkannya ke dalam syurga 500 tahun lebih awal sebelum suaminya memasuki syurga, dan wanita itu menanti di pintu syurga.
  • Seorang wanita yang memandang kepada lelaki yang bukan mahram, maka ALLAH akan mengutuk wanita itu.
  • Seorang wanita yang memerah susu sapi dan diawali dengan bismillah, maka ALLAH SWT akan memberikan keberkatan rezeki bagi penduduk rumah itu.
  • Seorang isteri yang mengerjakan solat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menjaga amanah suaminya, maka ALLAH SWT akan memasukkan ke dalam syurga melalui pintu mana saja yang ia sukai.
  • Semua penghuni syurga akan menemui ALLAH SWT yang kekerapnya tergantung kepada amalannya di dunia, tetapi wanita yang memelihara dirinya dari pandangan lelaki yang bukan mahram, maka ALLAH SWT sendiri yang akan datang kepadanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar